Sunday, December 25, 2011
Sunday, December 18, 2011
pakai shawl pun bleyh tutup aurat~~
“sesungguhnya ak sdg menasihati kamu..bukanlah bererti akulah y terbaik dlm kalangan kamu..bukan juga yg plg soleh dlm kalangan kamu..kerana ak juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Maka akan jadi sikitlah org yg member peringatan.”
–Imam Hasan Al-Basri-
suatu hari dua sahabat sedang berborak
Cik Anggun: Cantiknya kau cantik, ko bercantik2 pakai baju cantik ni nak pi mana..?
Cik Cantik: Oo.. aku nak pi Times Square, nak beli beg murah.
Cik Cantik: oo.. aku lilit tengok kat dalam video youtube la yg slalu Hana Tajima tu buat. cantik. ada gak aku blajar dr belog sikit2..
Cik Anggun: oo..cantik. aku pun suka tengok. tapi ada terkurang la tek..
Cik Cantik:Apa yg kurang Gun? Ok what.. yg penting aku pakai tudung apa.. x salah lilit2 kan..? Islam pun x halang muslimah nye pakai yg disukai.
Cik Cantik: Aku nk wat cmne. tudung ni pendek sangat nak lilit. boleh belit skali dua je. hujungnya x sampai ke dada.Aku nak wat macamana.
Cik Anggun: Lainkali ko beli Pashmina yg besar sikit tu Tek, lagi labuh lagi selesa ko nak lilit.
Cik Cantik: tapi aku pakai baju longgar, x nampak pun..
Cik Cantik: Kau ni jangan buruk sangka Gun, bukan semua lelaki tu jahat.
Cik Anggun: Mmg bukan semua lelaki jahat Tek, tapi sememangnya manusia ada perasaan syahwat. apalagi lelaki. nafsu doang cuma satu.
Cik Anggun: tek, Islam x suruh kita wajib pakai tudung labuh. memang Islam galakkan kita melabuhkan tudung keseluruh tubuh. Itu sunnah. Tetapi Tek, islam memberi kan panduan MENGIKUT KEMAMPUAN KITA tek, Cukup syarat menutupi dada dan aurat, bnda tu sebenarnya x susah,
Cik Cantik: Kau senanglah cakap Gun, ko alim, ko dah biasa pakai tudung labuh.Ko cakap mmg senang lah..
Cik Cantik: Ye lah Gun, tapi tunggulah aku berubah slow2.. ko jangan lah cakap macam ni. terasa aku taw. hilang mood aku.
Cik Cantik:Hidayah tu milik Allah Gun, kita tidak boleh senang2 membuat kesimpulan
Cik Cantik:Ye Lah.. aku faham. tpi ko patut bersyukur kawan ko ni at least bertudung.
Cik Anggun:Bagus2.. tu aku suka sangat. at least ko dah cuba untuk memenuhi tuntutan. tapi alang2 dah mula biar sampai complete kan..?
Cik Cantik:InsyaAllah, aku akan cuba k. Thanks tegur aku. aku tahu kau tegur aku sbb kau sayang. kalo ko bukan sahabat sejati ko msti x rasa bersalah aku pakai macam ni. thanks anggun!
Cik Cantik:Thanks.. aku sbenarnya nk pi Masjid india ni (tadi kata pi times square =.=”) kalo ko x keberatan boleh je kan ko pinjamkan shawl pashmina ko yg labuh tu. aku nak teraii..
Cik anggun: Boleh, tapi ko jangan lupa basuh! (hehehe)
Maka si cantik pada petang itu pergi ke times Square dengan penampilan yg lebih cantik dan selamat..
Artikel oleh : http://
p/s: cantikkan diana amir n heliza pakai tudung labuh..sweet sangat..klu kita pakai pun gerenti sweet..(>.<)..spa kta tudung labuh x leyh berfesyen..
Saturday, December 3, 2011
UTM INTERNATIONAL CULTURAL FIESTA (ICF'11)
Friday, December 2, 2011
NUR KASIH '11
Thursday, November 24, 2011
uthm ke utm~~
harimau muda di utm!!
Saturday, November 12, 2011
cinta kerana Allah
Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"
Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"
Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...
Ana: "xfahamlah umi..hehe.."
Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"
Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..
Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(
Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...
Ana terus peluk umi..