Thursday, August 4, 2011

kisah anak lari dari rumah

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… . mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu… ——————————————————– Ayahku yg tercinta, Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya, Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua). Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama. Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh. Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza. Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… … —————————- Keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … . PS: Ayah, .. tidak ada satu pun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… ..
kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)

Pelajar wanita juga minat bidang teknikal

salam..
korang semua msti tau kn
kt universiti lbh byk perempuan drpd lelaki..
sbab apa ye?laki mlas blja ke (opps...mnx maaf ye lelaki)
mayb sbab dorang lbh suka keja
tp mcm slalu kita tahu la..universiti teknikal selalunya dipenuhi dgn lelaki
tp skrg jgn pelik perempuan pun dh byk ambk bidang kejuruteraan ni
sebagai contohnya ak la slah sorang perempuan 2..huhu
ak x ckp kosong ni..ak ada bukti..jom terjah

Sistem meritokrasi tak beza jantina

KUALA LUMPUR: Kecenderungan pelajar perempuan kini mengikuti bidang teknikal, terutama kejuruteraan antara faktor golongan itu terus menguasai peluang pengajian berbanding lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ini dibuktikan dengan peningkatan ketara kemasukan pelajar perempuan, terutama ke universiti teknikal tahun ini, iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Kemasukan pelajar perempuan ke UniMAP bagi sesi 2011/12 bertambah 382 orang atau 68.3 peratus berbanding 603 pelajar tahun lalu. UTeM juga mencatat peningkatan sama di empat fakulti kejuruteraannya, iaitu seramai 2,516 pelajar perempuan tahun ini berbanding 1,666 pelajar tahun lalu. UMP pula mempunyai nisbah pelajar seimbang antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu 46 peratus perempuan, manakala lelakinya, 54 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata kementerian menyedari fenomena berkenaan, namun tiada keutamaan diberikan kepada pelajar lelaki bagi mengikuti bidang kemahiran.
“Kementerian mengekalkan sistem meritokrasi tanpa membezakan jantina dalam pemilihan dan pengambilan pelajar. Dasar kita adalah mengutamakan kualiti pelajar dan mengamalkan sistem meritokrasi tanpa amalan membezakan jantina.

“Hanya apa yang berlaku bagi pelajar di universiti bercorak teknikal kali ini ialah keseimbangan pelajar lelaki dan perempuan berbanding sebelum ini majoriti pelajar lelaki,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Zakaria Kasa, juga berpendapat peningkatan permohonan mengikuti bidang teknikal dalam kalangan pelajar perempuan antara faktor ketidakseimbangan nisbah pelajar di IPTA.

Justeru, beliau mencadangkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta proses penilaian di sekolah dikaji semula bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar lelaki supaya menepati kelayakan melanjutkan pengajian ke universiti.

Antara lain, katanya, P&P menumpukan pelajar serta membabitkan elemen audio dan visual perlu ditingkatkan bagi menarik minat pelajar lelaki untuk belajar selain menggabungkan proses penilaian aspek teori dan kemahiran.

“Kajian menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang tidak menjamin kesinambungan pencapaian baik di universiti, malah ada pelajar yang kurang cemerlang pada peringkat sekolah lebih menyerlah di universiti.

“Pelajar lelaki bukan tidak boleh cemerlang, tetapi pada peringkat sekolah mereka lebih cenderung kepada kegiatan luar dan berbentuk kemahiran. Subjek asas di sekolah, termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah yang lebih banyak memerlukan kemahiran menghafal memihak pelajar perempuan memperoleh keputusan baik,” katanya.

sumber: berita harian online

hohoho..jgn xtahu..pmpuan pun dh bleyh keja berat2..angkat bata besi suma 2..
so kpada lelaki..kna usaha lbh lagi..jgn mlas2..
kta msti harumkn nma msia ni..huhu


p/s : ak bangga jadi perempuan..wlupun hnya keja sbgai suri rumah..kita tetap hebat kn??

kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)

Wednesday, August 3, 2011

Isteri Kapten Singapura mengutuk safee sali dan amirulhadi

assalammualaikun semua..
tiba2 je ak terbaca isu hangat ni..
eeeiiii..sakitnya hati~~
selamat ak tgh puasa ni..
klu tdak kurang plak pahala ak..

ak baru je terbaca tentang isteri kapten singapura shahril ishak y bernama hidayah
mengutuk safee sali dan amirulhadi y membuat aksi mcm monyet di twitternya
what!!!!MONYET!!
mulut mmg xda insuran btull
abis 2 laki hg 2 mcm cristiano ronaldo ka??
selamat ada pemain import je..
sakit ati btul..sabar2~~


apa y dia tweet..tgk sndri la..mcm hape lagi
ni ak srtakn skali pic dia n suami dia y ala2 'CR' ni..
tau pun mnah ni takut..smpai deactive twitter dia..
n ak x sangka ada fan si safee sali ni membuat page

ak apa lagi like je la..korang pun like la..
kita kna sokong rakyat malaysia ni..huhu

safee sali pun ada wat kenyataan kt berita harian
bertajuk 'kami bukan monyet'


Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.


“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.

credit to berita harian online

ntah apa2..kita ni manusia..sukati je gelar org monyet..
sama mcm kutuk ciptaan Allah je..
sabor je la..
harap2 si hidayah ni cpat2 la mohon maaf
kt safee n amirulhadi
blan2 posa ni..
safee n amirul msti maafkan..
msia kn penuh ngan sifat kesopanan n kesusilaan ...huhu
ish apa kna mengena

p/s: ak pun mohon maaf klu ada y tersinggung..sbab depa 2 ni slah 1 pemain kesukaan ak,,


kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)

setiap wanita itu cantik

Allah s.w.t. berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

” Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.”


p/s: sya berbangga menjadi seorang wanita..


kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)

Tuesday, August 2, 2011

tafsiran cinta

BILA GURU MENTAFSIR CINTA.. ^__^
  1. GURU FIZIK Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)
  2. GURU BIOLOGI Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya
  3. GURU KIMIA Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya
  4. GURU MATEMATIK Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar
  5. GURU PENDIDIKAN ISLAM Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)
  6. GURU PENDIDIKAN MUZIK Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan
  7. GURU EKONOMI Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung
  8. GURU SEJARAH Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.
  9. GURU GEOGRAFI Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah.kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh
  10. GURU BAHASA Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu.bertemu berpisah semua kerna Allah. Indah ya cinta kalau agama d serta bersama
p/s: cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN D'UTAMA JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA.

kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)

Monday, August 1, 2011

dh isi biasiswa jpa



salam..
fuhhh~~lega dh settle isi jpa
spa nk isi bley klik sini
ni plak syarat2 dia..klik sini
byk dugaan gak nk isi td..
bla ak bukak ja lman web dia..no prob..
xda sekat2..bla dftar sbgai pengguna ja dia tulis
"maaf mykad anda telah didaftarkn"
hampeh tul..byk kali gak la tny kt group utm
dorang suh g klik lupa kta laluan
bila dh klik dia bg la kta laluan 8 aksara
maslahnya bleyh dftar msuk 6 aksara ja..
hampeh tul..selamat la tgh posa..
las2 ak try gna google chrome bley plak buh kta laluan 8 aksara
bru ak engt dlu pas spm ak dh pnah dftar..kui..kui..kui
sblum ni ak gna pc umah..engt bleyh terus print la
tp gna mozilla hampeh tul..xleyh nk buh password
thanx u la sgt2 kt cik khairul nizam sbab sudi tlg n lyan karenah ak..huhu
slmat dia ada n tlg ak mcm mna nk isi..huhu

ok wat ex2 KMTK y ada prob 2..slah satunya msti ada kt sni

1. ic baru parent xleyh buh
(snang je..ltak cursor kt box 2 pastu tekan tab..terima kasih kt group utm..sudi tlg)
2. tarikh dftar matrik plak 10.5
3.tarikh kuar 20.4
4.kita pengajian 4 tahun so 8 semester la
5. bidang matrik plak ak buh kejuruteraan awam je

alhamdullilah siap gak isi..tp lagi 5 mnit nk bukak posa baru settle..huhu

klu ada pa2 nk tny silakn ye..
kta org tlg org ni berkat so ak nk tlg org plak
hrap2 dpt la biasiswa..


kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)

13 ALASAN TIPIKAL WANITA Y TIDAK MENUTUP AURAT


Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

p/s: moga2 ada y mndapat hidayah sempena blan ramadhan ni..peringatan utk diri sndri gak..insyaAllah

kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)