Wednesday, August 3, 2011

Isteri Kapten Singapura mengutuk safee sali dan amirulhadi

assalammualaikun semua..
tiba2 je ak terbaca isu hangat ni..
eeeiiii..sakitnya hati~~
selamat ak tgh puasa ni..
klu tdak kurang plak pahala ak..

ak baru je terbaca tentang isteri kapten singapura shahril ishak y bernama hidayah
mengutuk safee sali dan amirulhadi y membuat aksi mcm monyet di twitternya
what!!!!MONYET!!
mulut mmg xda insuran btull
abis 2 laki hg 2 mcm cristiano ronaldo ka??
selamat ada pemain import je..
sakit ati btul..sabar2~~


apa y dia tweet..tgk sndri la..mcm hape lagi
ni ak srtakn skali pic dia n suami dia y ala2 'CR' ni..
tau pun mnah ni takut..smpai deactive twitter dia..
n ak x sangka ada fan si safee sali ni membuat page

ak apa lagi like je la..korang pun like la..
kita kna sokong rakyat malaysia ni..huhu

safee sali pun ada wat kenyataan kt berita harian
bertajuk 'kami bukan monyet'


Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.


“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.

credit to berita harian online

ntah apa2..kita ni manusia..sukati je gelar org monyet..
sama mcm kutuk ciptaan Allah je..
sabor je la..
harap2 si hidayah ni cpat2 la mohon maaf
kt safee n amirulhadi
blan2 posa ni..
safee n amirul msti maafkan..
msia kn penuh ngan sifat kesopanan n kesusilaan ...huhu
ish apa kna mengena

p/s: ak pun mohon maaf klu ada y tersinggung..sbab depa 2 ni slah 1 pemain kesukaan ak,,


kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)

5 comments:

  1. btul tu layha..aku ada gak terbaca td.,,
    panas kot~~

    ada ker kata amirul hadi cmtu...
    aisshhhh..marahhh~~~!

    ReplyDelete
  2. ak pun sakit ati ni..aishh..sabar2!!

    ReplyDelete
  3. huuiii .. panas2.... harap2 cepat lah minta maaf.. ada guna ker mengutuk2 ? mcam bagus sgt jer laki dia tuh !!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. aish..geram aih..sesuka ati jer nak kutuk..
    nie yg x suka rakyat singapura nie..
    kerana nila setitik habis susu sebelanga..

    ReplyDelete
  5. JALAN SNI DEAR..LAMBAT SANGAT BLS KUNJUNGAN..APAP2 SUPPORT TEAM MSIA

    ReplyDelete