Thursday, August 4, 2011

Pelajar wanita juga minat bidang teknikal

salam..
korang semua msti tau kn
kt universiti lbh byk perempuan drpd lelaki..
sbab apa ye?laki mlas blja ke (opps...mnx maaf ye lelaki)
mayb sbab dorang lbh suka keja
tp mcm slalu kita tahu la..universiti teknikal selalunya dipenuhi dgn lelaki
tp skrg jgn pelik perempuan pun dh byk ambk bidang kejuruteraan ni
sebagai contohnya ak la slah sorang perempuan 2..huhu
ak x ckp kosong ni..ak ada bukti..jom terjah

Sistem meritokrasi tak beza jantina

KUALA LUMPUR: Kecenderungan pelajar perempuan kini mengikuti bidang teknikal, terutama kejuruteraan antara faktor golongan itu terus menguasai peluang pengajian berbanding lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ini dibuktikan dengan peningkatan ketara kemasukan pelajar perempuan, terutama ke universiti teknikal tahun ini, iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Kemasukan pelajar perempuan ke UniMAP bagi sesi 2011/12 bertambah 382 orang atau 68.3 peratus berbanding 603 pelajar tahun lalu. UTeM juga mencatat peningkatan sama di empat fakulti kejuruteraannya, iaitu seramai 2,516 pelajar perempuan tahun ini berbanding 1,666 pelajar tahun lalu. UMP pula mempunyai nisbah pelajar seimbang antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu 46 peratus perempuan, manakala lelakinya, 54 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata kementerian menyedari fenomena berkenaan, namun tiada keutamaan diberikan kepada pelajar lelaki bagi mengikuti bidang kemahiran.
“Kementerian mengekalkan sistem meritokrasi tanpa membezakan jantina dalam pemilihan dan pengambilan pelajar. Dasar kita adalah mengutamakan kualiti pelajar dan mengamalkan sistem meritokrasi tanpa amalan membezakan jantina.

“Hanya apa yang berlaku bagi pelajar di universiti bercorak teknikal kali ini ialah keseimbangan pelajar lelaki dan perempuan berbanding sebelum ini majoriti pelajar lelaki,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Zakaria Kasa, juga berpendapat peningkatan permohonan mengikuti bidang teknikal dalam kalangan pelajar perempuan antara faktor ketidakseimbangan nisbah pelajar di IPTA.

Justeru, beliau mencadangkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta proses penilaian di sekolah dikaji semula bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar lelaki supaya menepati kelayakan melanjutkan pengajian ke universiti.

Antara lain, katanya, P&P menumpukan pelajar serta membabitkan elemen audio dan visual perlu ditingkatkan bagi menarik minat pelajar lelaki untuk belajar selain menggabungkan proses penilaian aspek teori dan kemahiran.

“Kajian menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang tidak menjamin kesinambungan pencapaian baik di universiti, malah ada pelajar yang kurang cemerlang pada peringkat sekolah lebih menyerlah di universiti.

“Pelajar lelaki bukan tidak boleh cemerlang, tetapi pada peringkat sekolah mereka lebih cenderung kepada kegiatan luar dan berbentuk kemahiran. Subjek asas di sekolah, termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah yang lebih banyak memerlukan kemahiran menghafal memihak pelajar perempuan memperoleh keputusan baik,” katanya.

sumber: berita harian online

hohoho..jgn xtahu..pmpuan pun dh bleyh keja berat2..angkat bata besi suma 2..
so kpada lelaki..kna usaha lbh lagi..jgn mlas2..
kta msti harumkn nma msia ni..huhu


p/s : ak bangga jadi perempuan..wlupun hnya keja sbgai suri rumah..kita tetap hebat kn??

kalau suka like je la..atau tick je kt reaction :)

4 comments:

  1. wow..!!best! umt ramai pompan..!!hehehehe aku membuat pilihan bijak..!!

    ReplyDelete
  2. aiseyhh..logo unisza xd..xckup fames ag..sob3...

    ReplyDelete
  3. unisza baru lagi..x sempat wat kajian pun lagi

    ReplyDelete